Kerjaya antarabangsa Miiko_Albornoz

Sweden

Di antara tahun 2005 dan 2013, Albornoz bermain pada skuad remaja Sweden. Beliau bermain pada setiap kategori dari bawah-17 sehingga bawah-21 tetapi tidak memasuki pasukan senior. Pada Disember 2013, Erik Hamren memanggil Albornoz untuk sebahagian daripada skuad senior untuk perlawanan persahabatan di Timur Tengah. Beliau menolak panggilan itu.

Chile

Pada Disember 2013, Albornoz mengatakan pada media bahawa beliau akan bermain untuk pasukan kebangsaan Chile pada perlawanan persahabatan menentang Jerman pada 5 Mac. Tetapi jurulatih Jorge Sampaoli memanggil Albornoz untuk perlawanan persahabatan menentang Costa Rica pada 22 Januari. Beliau menolak untuk memasuki skuad Sweden tetapi beliau memilih Chile kerana ada peluang untuk beraksi di Piala Dunia 2014. Albornoz membuat debut untuk Chile menentang Costa Rica dan menjaringkan gol pembukaan, Chile menang 4-0. Pada 13 Mei 2014, beliau dipanggil untuk senarai 30 pemain ke Piala Dunia.

Statistik

Sehingga 22 Julai 2014
Pasukan kebangsaan Chile
TahunKmnclnGol
201421
Jumlah21

Gol antarabangsa

#TarikhLokasiLawanSkorKeputusanKejohanan
1 22 Januari 2014Coquimbo, Chile Costa Rica1–0 4–0 Persahabatan